Demografi Gugusan FELDA Palong

Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan peneroka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan tiga daerah iaitu Tampin dan Jempol, Negeri Sembilan dan Segamat, Johor.

Terdapat penempatan FELDA yang diletakkan secara bersebelahan dan membentuk pusat bandar atau pekan, iaitu FELDA Palong 4, 5 & 6; FELDA Palong 7 & 8; FELDA Palong 9, 10 & 11; FELDA Palong 12 & 13; dan FELDA Palong 14, 15 & 16. Manakala bagi FELDA Palong 1, FELDA Palong 2 dan FELDA Palong 3 ditempatkan secara berasingan.